Biografi Jirayu La-ongmanee

Jirayu dikatakan berasal dari wilayah Rayong, Thailand. Jirayu tinggal bersama ibunya Woranuch La-ongmanee di Bangkok, dan mendapat pendidikan Amatyakul School. Dia diterokai ketika dia berumur 5 tahun bersama ibunya, yang menemani anak kawannya menghadiri sebuah sesi ujibakat model. Dia kemudian membintangi beberapa buah soap opera (lakorn), mula mendapat perhatian ramai apabila memegang watak Santi, dalam Fa Krachang Dao pada tahun 2005. Dia telah diberi tawaran untuk berlakon di sebuah filem sinematik, King Naresuan, memegang watak Boonthing semasa kecil. Dia kemudian membintangi empat buah filem, beberapa buah drama, iklan dan model.[1][2]